Wednesday, February 4, 2009

KERETA SPORTS LOTUS - Bakal Muncul

.

`ANAK syarikat Proton Holdings Bhd, Lotus Cars Limited bakal melancarkan model terbaru yang dijana enjin berkuasa Supercharger dikenali sebagai Evora SC.
Capai 100km/j kurang 5 saat

Jentera berkenaan yang menggunakan enjin 3.5 L V6 mampu mencapai kuasa sehingga 350 kuasa kuda (hp) akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Kereta British.Kuasa Supercharger mampu menghasilkan tork sehingga 400 Nm yang membolehkan kenderaan itu bergerak daripada kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa kurang lima saat.
Model Evora terdahulu mencatatkan masa 5.5 pada jarak sama.Lotus Evora adalah ahli keluarga terbaru Lotus selepas pelancaran model Elise kira-kira 13 tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kenderaan sport di seluruh dunia.Kerangka Evora yang dihasilkan 100 peratus aluminium seberat 200 kilogram menjadikan model terbaru itu hanya memiliki berat keseluruhan 1,350 kilogram sahaja.Ia mampu mencecah kelajuan sehingga 250 km/j dengan kuasa maksimum 276 hp daripada enjin aloi Toyota model 2GR-FE 3.5 L V6.
.

Kereta Elektrik

.

KENAIKAN harga minyak yang begitu melampau tahun lepas sebenarnya turut mempunyai rahmat kepada industri automobil dan pengguna kereta di masa depan. Masakan tidak, kenaikan harga minyak mentah setong yang melebihi AS$150 telah menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka dalam melahirkan kereta tanpa minyak.

Sememangnya kita mengetahui syarikat-syarikat besar ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kereta-kereta tanpa menggunakan minyak tetapi R&Dnya diperlahankan kerana membabitkan kos tinggi. Selain itu, teknologi bateri juga tidak banyak berkembang menyebabkan kereta elektrik sukar untuk dikomersialkan dan hanya digunakan untuk kegunaan di padang golf sahaja. Walaupun kini harga minyak telah turun dengan banyaknya
tetapi kereta-kereta masa depan yang tidak bergantung kepada minyak itu semakin hampir untuk dikomersialkan.

Kereta hibrid, kereta hidrogen, kereta solar dan kereta elektrik antara kereta tanpa minyak yang sedang menjalani ujian-ujian akhir di makmal syarikat
pengeluar kenderaan. Pada pameran automobil di Detroit, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, para peminat mula disajikan dengan kereta-kereta sedemikian yang dalam setahun dua ini akan berada di jalan raya.

Roadster sport

TESLA Motors misalnya merupakan syarikat pengeluar kenderaan di Silicon Valley, California yang telah menghasilkan kereta elektrik berbentuk sports.
Kereta Roadster Sport tersebut merupakan kereta yang 100 peratus bergantung kepada tenaga elektrik yang boleh ditempah mulai sekarang dan mula berada menjelang pertengahan tahun ini.
Roadster Sport dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 96 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.7 saat dengan hanya menggunakan kuasa elektrik.
Kereta sports elektrik ini akan dipasarkan dengan harga RM460,000 di Amerika Syarikat dan RM531,000 di Eropah.

Bateri kereta ini boleh bertahan untuk perjalanan sehingga 563 kilometer untuk sekali caj.
Tesla Roadster dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 209 km/j dan baterinya boleh bertahan untuk perjalanan sehingga 393 kilometer untuk sekali caj. “Tetapi apa yang paling membezakannya ialah Tesla Roadster langsung tidak menggunakan setitik minyak,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Tesla Motors, Elon Musk. Beliau berkata demikian kepada para wartawan pada Pameran Auto Antarbangsa Detroit, Michigan, AS, baru-baru ini.

Fisker Karma
Sebuah lagi kereta sports elektrik yang diperkenalkan di Detroit ialah Fisker Karma yang dijangka dipasarkan tahun depan. Kereta yang menggunakan pek bateri litium-ion itu mampu bertahan untuk perjalanan sehingga 80.6 km untuk setiap kali caj. Kereta yang diperbuat oleh Fisker Automotive akan dipasarkan dengan harga RM307,650 dengan pengeluaran pertama dijangka dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Fisker Karma juga merupakan kereta hibrid pertama di dunia yang menggabungkan kombinasi petrol dan elektrik yang dicaj. Kereta hibrid lain dicaj ketika kereta itu bergerak dan tidak boleh dicaj ketika berhenti.
.

Kereta Tidak Guna Minyak

.

BATERI kereta ini boleh bertahan untuk perjalanan sehingga 563 kilometer untuk sekali caj.
MASALAH kenaikan harga minyak yang berterusan sememangnya menjejaskan kehidupan ramai penduduk di seluruh dunia terutama bagi mereka yang terpaksa ‘mengembara’ jauh apabila hendak ke tempat kerja. Selain daripada memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, kenaikan minyak juga boleh menyebabkan anda terpaksa melupakan hasrat mendapatkan kereta idaman walaupun anda mungkin mampu membelinya.
Ini kerana seperti yang kita ketahui, ramai daripada kita yang mengidamkan kereta-kereta sports seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche, Lotus dan sebagainya kerana gaya dan juga kelajuannya.


Kereta-kereta sports ini sememangnya terkenal kerana penggunaan minyak yang tinggi dan sudah tentu tidak sesuai dijadikan pilihan di kala dunia menyaksikan tiada tanda-
tanda harga minyak akan kembali stabil. Tetapi anda jangan bimbang. Sebuah syarikat teknologi automatif di Silicon Valley, California telah memberikan kita harapan yang satu hari nanti mungkin kita akan mampu memiliki kereta sports yang tidak memerlukan minyak.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya Tesla Motors telah memperkenalkan kepada umum kereta sports menggunakan kuasa elektrik dikenali sebagai ‘Tesla Roadster.’ “Anda boleh memanggilnya apa sahaja… kereta teknologi tinggi, teknologi bersih, teknologi hiburan, teknologi automotif… apa sahaja kerana ia sememangnya sesuatu yang menarik,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Martin Eberhard.


Kereta yang dinanti-nantikan itu telah merubah pandangan masyarakat terhadap kemajuan dalam pembangunan kenderaan elektrik sebelum ini yang lebih menjurus kepada sebuah kenderaan kecil, reka bentuk tidak menarik dan amat perlahan. Tesla Roadster yang berharga kira-kira RM292,000 itu dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 209 kilometer sejam (km s/j) dan baterinya boleh bertahan untuk perjalanan sehingga 563 kilometer untuk sekali caj.
Menurut syarikat itu, kemampuan Tesla Roadster mencapai jarak sejauh itu disebabkan penggunaan Sistem Storan Tenaga (ESS) bateri lithium-ion yang digunakan. Kereta sports ini juga mampu memecut dari 0 hingga 96km s/j dalam masa empat saat, suatu kemampuan yang biasanya terdapat kepada kebanyakan kereta sports berasaskan minyak masa kini.
“Tetapi apa yang paling membezakannya ialah Tesla Roadster langsung tidak menggunakan setitik minyak,” kata Eberhard.


Beliau berkata, kejayaan itu yang menjadi sasaran syarikatnya apabila memulakan operasi tiga tahun lepas, iaitu membina kereta yang langsung tidak mencemarkan alam dan orang ramai gemar memandunya. Menggunakan sistem transmisi manual dua kelajuan, kuasa Tesla Roadster didatangkan dalam tiga peringkat menggunakan motor induksi AC 4-pole digandingkan dengan Power Electronics Module (PEM). Ia memberikan fungsi yang pelbagai dalam membekalkan bekalan arus elektrik jenis ulang-alik dalam tiga fasa serta juga untuk sistem brek regeneratif.

Sistem ESS yang tahan lama menawarkan kuasa kepada keseluruhan kenderaan menggunakan 6,831 sel lithium-ion, serangkaian cip mikropemproses untuk mengekalkan keseimbangan caj dan kawalan suhu bagi kesemua bateri. Ia juga meliputi sistem penyejukan dan sistem keselamatan yang direka bentuk untuk memutuskan bekalan jika menghadapi sesuatu masalah keselamatan. Pemilik Tesla Roadster akan dibekalkan dengan Peralatan Perkhidmatan Kenderaan Elektrik (EVSE), iaitu sistem mengecaj kegunaan rumah. Mereka juga boleh mendapatkan kit pengecaj bergerak yang boleh digunakan apabila dalam perjalanan jauh dan setiap kali caj, ia akan memakan masa 3.5 jam.

Reka bentuk Tesla Roadster telah dilakukan oleh sekumpulan pereka bentuk yang diketuai oleh Barney Hatt, ketua pereka bentuk di Lotus Design Studio di England. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan Tesla Motors dilakukan di ibu pejabatnya San Carlos, California dan enjin dibuat di kilang Tesla di Taiwan dan kerja-kerja pemasangan dilakukan di kemudahan Tesla di England. Tesla Roadster telah dibuka untuk tempahan bagi penduduk sekitar California dan beberapa bandar sekitarnya dan para pelanggan dijangka mendapat kereta idaman mereka itu menjelang pertengahan tahun depan.

Tesla sebenarnya tidak akan berhenti dengan pengeluaran kereta sports ini kerana mereka sedang membangunkan kereta sedan menggunakan kuasa elektrik yang dijangka memasuki pasaran pada 2008.

.

Friday, January 9, 2009

Mitsubishi Evo

.



.

MPV Proton

MPV dijangka mampu tingkatkan penguasaan ProtonKUALA LUMPUR 6 Jan. - Proton Holdings Bhd. (Proton) dijangka mampu meningkatkan penguasaan pasarannya tahun ini melalui pelancaran model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) pada Mac ini, kata Frost & Sullivan, sebuah firma penyelidikan dan perunding antarabangsa.Rakan Niaga dan Ketua Praktis Kenderaan dan Pengangkutan bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan pembangunan model terbaru Proton yang kini lebih menjurus kepada permintaan dan minat pengguna.''Ini merupakan tanda-tanda positif buat Proton dan keupayaan meningkatkan penguasaan pasaran dilihat sebagai merupakan strategi terbaik mereka.''Walaupun ekonomi tahun ini berdepan dengan situasi yang sukar, tetapi Proton dapat menambah penguasaan pasarannya dengan pelancaran MPV pada tahun ini, ini akan meningkatkan jualan syarikat itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai unjuran sektor automotif Malaysia untuk 2009 di sini hari ini.Katanya, Proton juga, perlu meningkatkan jumlah jualannya untuk kekal berdaya maju dan mempunyai kedudukan kewangan lebih kukuh.''Proton perlu menjual 250,000 buah kenderaan setahun supaya mempunyai keupayaan secukupnya untuk melancarkan model baru setiap tahun yang menjadi penentu kepada kejayaannya dalam pasaran.''Pengeluar kenderaan perlu mempunyai jualan setinggi itu bagi menjamin pulangan pendapatan mencukupi bagi keperluan pembangunan model baru, penjenamaan dan sebagainya,'' katanya.Mukhtyar berkata, bagi tujuan mencapai skala pengeluaran yang besar dan jualan tinggi, Proton memerlukan rakan kongsi strategik bagi membolehkannya mengeluarkan model baru setiap tahun pada kos kurang membebankan.''Bagi mencapai matlamat itu, Proton memerlukan pelaburan daripada rakan strategik,'' katanya.

Mukhtyar berkata, langkah Proton mengembangkan pasaran eksportnya sejak tahun lalu juga adalah satu langkah baik bagi meningkatkan keupayaan pengeluar kereta nasional itu dalam sektor automotif.''Proton perlu menumpukan kepada usaha membangunkan pasaran dan menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan mengeluarkan produk berkualiti pada harga berdaya saing,'' jelasnya.Beliau berkata, antara pasaran eksport bagi Proton adalah India, Indonesia, China, Thailand, Vietnam dan Timur Tengah.Sementara itu, Mukhtyar berkata, Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) perlu mengambil kesempatan kepada permintaan kenderaan mampu milik dan kuasa kuda yang rendah pada tahun ini.''Dengan krisis ekonomi global, pengguna kini lebih berhati-hati terhadap perbelanjaan, dan lebih memilih dalam mendapatkan kenderaan idaman mereka terutamanya berenjin kecil.''Ini merupakan langkah terbaik untuk mengekalkan jualan dan penguasaan pasaran pada tahun ini,'' jelasnya.

.

Sunday, January 4, 2009

Saturday, January 3, 2009

wie car

Blog ini telah dibina pada 04 Januari 2009