Friday, January 9, 2009

Mitsubishi Evo

.



.

MPV Proton

MPV dijangka mampu tingkatkan penguasaan ProtonKUALA LUMPUR 6 Jan. - Proton Holdings Bhd. (Proton) dijangka mampu meningkatkan penguasaan pasarannya tahun ini melalui pelancaran model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) pada Mac ini, kata Frost & Sullivan, sebuah firma penyelidikan dan perunding antarabangsa.Rakan Niaga dan Ketua Praktis Kenderaan dan Pengangkutan bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan pembangunan model terbaru Proton yang kini lebih menjurus kepada permintaan dan minat pengguna.''Ini merupakan tanda-tanda positif buat Proton dan keupayaan meningkatkan penguasaan pasaran dilihat sebagai merupakan strategi terbaik mereka.''Walaupun ekonomi tahun ini berdepan dengan situasi yang sukar, tetapi Proton dapat menambah penguasaan pasarannya dengan pelancaran MPV pada tahun ini, ini akan meningkatkan jualan syarikat itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai unjuran sektor automotif Malaysia untuk 2009 di sini hari ini.Katanya, Proton juga, perlu meningkatkan jumlah jualannya untuk kekal berdaya maju dan mempunyai kedudukan kewangan lebih kukuh.''Proton perlu menjual 250,000 buah kenderaan setahun supaya mempunyai keupayaan secukupnya untuk melancarkan model baru setiap tahun yang menjadi penentu kepada kejayaannya dalam pasaran.''Pengeluar kenderaan perlu mempunyai jualan setinggi itu bagi menjamin pulangan pendapatan mencukupi bagi keperluan pembangunan model baru, penjenamaan dan sebagainya,'' katanya.Mukhtyar berkata, bagi tujuan mencapai skala pengeluaran yang besar dan jualan tinggi, Proton memerlukan rakan kongsi strategik bagi membolehkannya mengeluarkan model baru setiap tahun pada kos kurang membebankan.''Bagi mencapai matlamat itu, Proton memerlukan pelaburan daripada rakan strategik,'' katanya.

Mukhtyar berkata, langkah Proton mengembangkan pasaran eksportnya sejak tahun lalu juga adalah satu langkah baik bagi meningkatkan keupayaan pengeluar kereta nasional itu dalam sektor automotif.''Proton perlu menumpukan kepada usaha membangunkan pasaran dan menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan mengeluarkan produk berkualiti pada harga berdaya saing,'' jelasnya.Beliau berkata, antara pasaran eksport bagi Proton adalah India, Indonesia, China, Thailand, Vietnam dan Timur Tengah.Sementara itu, Mukhtyar berkata, Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) perlu mengambil kesempatan kepada permintaan kenderaan mampu milik dan kuasa kuda yang rendah pada tahun ini.''Dengan krisis ekonomi global, pengguna kini lebih berhati-hati terhadap perbelanjaan, dan lebih memilih dalam mendapatkan kenderaan idaman mereka terutamanya berenjin kecil.''Ini merupakan langkah terbaik untuk mengekalkan jualan dan penguasaan pasaran pada tahun ini,'' jelasnya.

.

Sunday, January 4, 2009

Saturday, January 3, 2009

wie car

Blog ini telah dibina pada 04 Januari 2009